Konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur pada 17 September ini.
Konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Kuala Lumpur: Ruangan komen di Instagram penganjur acara, Live Nation Malaysia 'diserang' dengan komen boikot daripada pengguna Instagram dalam hantaran mengenai penganjuran konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, yang dimuat naik semalam.

Serangan itu ekoran pendirian Mars yang sebelum ini pernah menyuarakan rasa cintanya kepada Israel ketika mengadakan konsert di negara itu pada tahun lalu.

"Dia pro-Israel dan mendapat kebenaran untuk mengadakan konsert di Malaysia. Saya tak tahu macam mana nak cakap. Macam mana dia boleh dapat kebenaran?

"Sebab saya tahu Malaysia sokong Palestin. Boikot, sila. Kalau orang Malaysia yang bukan beragama Islam datang sokong, maksudnya kalian pro-Israel lah. Kan?" tulis satu netizen.

"Kamu semua tolonglah jangan sokong dia ini, aku pun minat dia juga. Tapi dia kecewakan aku. Dapat tahu dia menyokong Zionis sebelum konsert di Singapura.

"Konsert lain nak datang aku tak banyak bising, tapi kalau dia ini terang-terangan dah," tulis satu netizen lain.

"Penyokong pembunuh bayi. Seriuslah kamu semua nak sokong konsert mamat ini. Seronok ya dapat pengalaman pergi konsert orang yang menyokong pembunuhan bayi secara besar-besaran," tulis netizen.

Konsert itu dijangka bakal berlangsung pada 17 September depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 1:14 PM