Kaka Azraff
Kaka Azraff

Kuala Lumpur: Penyanyi Kaka Azraff, 34, diserang netizen Israel selepas profilnya dikongsi akaun Instagram pro-Yahudi, Jew Hate Database.

Dalam hantaran itu, Kaka didedahkan meninggalkan komen dengan mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu.

"Kerana Israel adalah orang yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak seperti mereka mangsa?

"Orang sakit. Hitler sepatutnya membunuh semua Israel!" tulis Kaka.

Terdapat komen daripada penyokong Israel yang turut menyuruh pihak rakamannya Warner Music menyelidik serta menggesa dia disingkir daripada label terbabit.

Timbul juga spekulasi kontrak bersama syarikat rakamannya di sini, Warner Music Malaysia mungkin terjejas.

Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan rasmi Kaka mahupun pihak label berhubung isu ini.

Pada 13 Oktober lalu, label itu ada memuat naik hantaran Instagram yang menyatakan sokongan terhadap Israel dan turut melabel Hamas sebagai pihak pengganas. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2023 @ 12:41 PM