GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Agensi

Washington: Penyokong Israel dikesan cuba membanjiri media sosial dengan propaganda sekali gus mengatasi kandungan pro-Palestin dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI), lapor Washington Post.

Pakar menggelar taktik itu sebagai 'kempen propaganda yang diterajui rakyat', memandangkan penggunaan alat tidak melanggar peraturan platform terhadap 'tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan', yang merujuk kepada siaran kelihatan seperti daripada orang yang tidak berhubung satu sama lain, tetapi sebenarnya hasil usaha terancang, selalunya menerusi akaun automatik.

Penyelidik juga percaya, mustahil untuk mengetahui komen mana yang dibuat menerusi alat itu, memandangkan tiada cara untuk mengesan secara terbuka gelagat peribadi pengguna yang merentasi pelbagai aplikasi.

Pengendali media sosial perlu merangka kaedah untuk mengenal pasti penggunanya, yang mana sukar untuk dilakukan kerana aplikasi (sistem AI) berjalan dalam platform mereka dan bukan milik syarikat media sosial.

Jika aplikasi itu disiarkan secara automatik, mereka pasti melanggar peraturan terhadap tingkah laku tidak sah.

Bagaimanapun, aplikasi pihak ketiga yang menggesa pengguna sah untuk melaporkan kandungan, tidak tertakluk kepada penalti ditetapkan.

Beberapa pengguna mendakwa, sebaik sahaja hantaran Instagram dan TikTok mereka dipaparkan, ia sama ada akan dipadamkan atau diturunkan, menjadikannya kurang diakses orang ramai.

Seorang pencipta kandungan Palestin dikenali sebagai Nys mendedahkan, setiap hantarannya dalam TikTok akan dibanjiri dengan komen pro-Israel yang mungkin dijana AI.

"Biasanya apabila saya bersiaran atau membuat hantaran, ia akan dipadam selepas dilapor sebagai buli atau ucapan kebencian.

"Sedangkan saya tidak menggunakan ucapan kebencian.. saya hanya mengulas atas semua yang berlaku di Palestin," katanya.

Seorang lagi pencipta kandungan, Laura Chung memberitahu, selepas membuat kandungan pro-Palestin yang kemudiannya tular, akaun TikToknya disekat pada Disember.

"Saya percaya aplikasi ini yang menyebabkan saya diharamkan TikTok," katanya.

Sementara itu, bekas penasihat dasar siber kepada Jabatan Pertahanan merangkap felo kanan pemastautin di Makmal Penyelidikan Forensik Digital Majlis Atlantik, Emerson T Brooking berkata, organisasi pelbagai untuk propaganda pro-Israel berat sebelah.

"Ia wujud kerana terdapat kementerian di Israel yang menyokong alat ini dan menggalakkan penggunaannya," katanya.

Satu aplikasi terikat secara langsung dengan penjajah iaitu Moovers mendidik pengguna untuk "menyokong Israel dengan satu klik pada satu masa."

Ia membolehkan pengguna bertindak balas secara besar-besaran terhadap kandungan pro-Palestin aplikasi media sosial seperti melaporkannya untuk semakan atau meninggalkan komen.

Moovers juga membolehkan respons 'pro-Israel' yang sudah di draf lebih awal bertindak sama.

Pada awal Disember, syarikat pemasaran bagi pempengaruh Israel mula menghubungi pencipta kandungan di Amerika Syarikat (AS), menawarkan untuk membayar mereka bagi mempromosikan Moovers di akaun Instagram.

Words of Iron, satu lagi aplikasi pro-Israel yang mengumpul kandungan anti-Israel dan menawar cara meningkatkan suara Israel di media sosial dengan satu klik.

Aplikasi itu yang menggalakkan pengguna media sosial melaporkan hantaran pempengaruh dan peguam, Rosy Pirani selepas menyebut Jesus Palestinian pada hari Krismas, hingga hantarannya dibuang daripada bahagian Explore, tidak tersedia untuk orang bukan pengikutnya, selain tidak boleh menjana wang.

"Laman seperti Words of Iron menakutkan pembuat kandungan untuk bercakap mengenai Palestin. Mereka bangkitkan ketakutan dalam kebebasan bersuara dan itu yang mereka sasar untuk lakukan," kata Pirani.

Pada 2017, Menteri Hal Ehwal Strategik Israel, Gilad Erdan melancarkan kempen dalam talian yang digelar 4IL (Untuk Israel) bagi meningkatkan sokongan media sosial terhadap Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2024 @ 8:00 PM