Ezzanie dan Noki
Ezzanie dan Noki
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Teraju utama drama bersiri Layang Layang Perkahwinan, Ezzanie Jasny menjelaskan hubungannya dengan penyanyi, Noki K-Clique hanyalah sekadar teman biasa.

Ezzanie, 25, menjelaskan selesa berkawan dengan anggota K-Clique itu namun memilih untuk tidak meletakkan label pada hubungan mereka.

"Kami hanya berkawan. Tidak lebih daripada itu. Perkenalan ini pun masih baharu lagi. Kami pun tidak meletakkan sebarang label untuk perkenalan ini.

"Kami mula berkenalan ketika Noki datang ke set penggambaran saya sebelum ini. Ketika itu, saya sedang berlakon dengan MK.

"Kami hanya bertegur sapa kemudian, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram," kata Ezzanie ketika ditemui semalam.

Khabar angin mengenai hubungan dua selebriti ini mula diperkatakan ramai selepas Ezzanie berkongsi foto bersama Noki ketika berkunjung ke sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini.

Menguatkan lagi spekulasi apabila Noki turut berkongsi semula semua gambar dan video yang dikongsikan oleh Ezzanie di media sosial.

Menurut Ezzanie, dia dan Noki masih lagi di dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Malah, dia turut menafikan sengaja menyembunyikan hubungan cinta mereka daripada pengetahuan umum.

"Kami hanya keluar berjalan untuk melihat pusat membeli belah yang baharu dibuka iaitu TRX Exchange. Tiada apa yang perlu disorokkan.

"Itu pendapat masing-masing. Biarlah apa yang mereka nak fikirkan. Walaupun ada pihak yang dikatakan patah hati, itu saya tak boleh nak kawal.

"Kita tengoklah macam mana. Saya hanya 'follow the flow'. Kalau ditakdirkan dia merupakan seorang yang baik untuk saya, saya pun okay. Kita pun tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 January 2024 @ 2:47 PM