Ezzanie Jasny
Ezzanie Jasny
Norhayati Nordin

 

Petaling Jaya: Kami hanya berlakon sama, tak pernah keluar berdua. Cuma, pernah jadi kawan baik," kata pelakon Ezzanie Jasny mengenai hubungan sebenarnya dengan Noki K-Clique.

Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 25, berkata, dia  juga sudah lama tidak berhubung dengan penyanyi dan pelakon itu kerana sudah membawa haluan masing-masing

"Apa yang boleh dikatakan, antara saya dengan dia (Noki) pernah jadi kawan baik. Tapi, sekarang kami sudah lama tidak berhubung. Namun, tiada sebarang perselisihan faham pun.

"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kami hanya berkawan saja. Saya pun tak mahu komen pernah mengharap untuk rapat dalam hubungan yang serius atau tidak," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ezzannie hadir pada majlis sidang media sempena pelancaran drama-drama TV3 bertemakan Raya Macam Dulu-Dulu bagi sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Sebelum ini, hubungan Ezzanie dan Noki difahamkan menjadi perhatian ramai selepas mereka dilihat sering meluangkan masa bersama, termasuk perkongsian di Instagram. 

Malah, baru-baru ini ketika balik dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci, Noki turut menghadiahkan Ezzanie sehelai sejadah bersulam nama wanita itu. 

Tidak hanya dikaitkan dengan Noki,

timbul juga dakwaan kononnya Ezzanie sekarang akrab dengan pelakon Keith Foo selepas berlakon sama dalam drama Layang-Layang Perkahwinan arahan Eyra Rahman.

Menurut Ezzanie, hubungan mereka juga rapat sebagai sahabat saja dan tidak lebih daripada itu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2024 @ 7:11 PM