Bunga Citra Lestari. FOTO IG @itsmebcl
Bunga Citra Lestari. FOTO IG @itsmebcl

Kuala Lumpur: Artis terkenal dari Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menukar nama Instagram (IG) menjadi @itsmebcl.

Penyanyi lagu Ingkar itu sebelum ini menggunakan @bclsinclair sempena nama suaminya yang juga selebriti terkenal dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair.

BCL, 40, dilaporkan bakal melangsungkan pernikahan dengan teman lelakinya yang berstatus duda, Tiko Aryawardhana di Bali, Indonesia esok.

Portal berita Indonesia sebelum ini melaporkan keluarga Allahyarham Ashraf sudah memberi restu jika BCL ingin berumah tangga semula.

Terdahulu, BCL bagaimanapun dilihat tidak memadamkan foto atau video momen lampau bersama mantan suaminya itu di IG.

Dalam temu bual, BCL mengaku dia bukan sudah 'move on' hanya kerana ingin menikah lagi, tetapi mencari bahagia buat diri dan anak tunggal bersama Ashraf, Noah.

Untuk rekod BCL berkahwin dengan Ashraf pada November 2008 bagaimanapun Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2023 @ 10:27 PM