Nurul Shuhada Mat Shukri hadir  di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam  bagi pengesahan lafaz cerai oleh suaminya, Hafidz Rosdi. FOTO FAIZ ANUAR
Nurul Shuhada Mat Shukri hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi pengesahan lafaz cerai oleh suaminya, Hafidz Rosdi. FOTO FAIZ ANUAR
Syafil Syazwan Jefri


Shah Alam : Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri berkongsi kata-kata semangat buat golongan wanita yang diuji dengan situasi sama sepertinya supaya terus bersabar.

Menurut Shuhada, Allah akan sentiasa menguji hamba-Nya dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih indah.

"Saya nak beri semangat kepada wanita di luar sana. Kepada mereka yang melalui ujian Allah, sabar. Saya tahu, ia sangat perit dan pedih. Tapi, tak apa sebab Allah Maha Baik.

"Allah takkan beri beban yang lebih daripada kemampuan kita. Kita kejar cinta Allah dan Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih indah," katanya.

Menurut Shuhada, apa yang berlaku juga menjadikannya wanita yang lebih kuat dan menasihatkan mereka yang memilih untuk bahagia atas penderitaan orang lain untuk sentiasa beringat akan kuasa Allah.

"Ini adalah ujian Allah untuk jadikan saya lebih kuat dan contoh kepada anak-anak. Semua wanita kena kuat untuk anak-anak dan diri sendiri juga.

"Kepada yang bercita-cita nak bahagia atas penderitaan orang lain, takutlah kepada Allah. Semuanya hak Allah. Doakan yang terbaik untuk saya dan anak-anak," katanya.

Hari ini, Hafidz dan Shuhada bercerai dengan talak satu selepas Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin membacakan keputusan mahkamah, bahawa lafaz cerai yang dibuat pada 22 Februari 2023 adalah sah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Julai 2023 @ 12:54 PM