EINA bersama suami dan dua anak mereka.
EINA bersama suami dan dua anak mereka.
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Tanda pagar #wanitaberdikari yang dinyatakan pelakon, Datin Paduka Eina Azman, 27, seolah-olah memberi bayangan dia sedang menanggung masalah peribadi.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, ibu kepada dua anak itu meletakkan tanda pagar itu dalam hantaran video yang dimuat naik.

Dalam masa sama, Eina turut memohon orang ramai untuk tidak bertanyakan mengenai soal peribadinya.

"Tolong jangan tanya mengenai 'personal' (peribadi) saya. Hari ini (semalam) saya perlu gembira sebab esok (hari ini) adalah hari penting untuk saya," tulisnya.

Dalam hantaran berbeza, Eina dikatakan bakal melancarkan sebuah produk kecantikan hari ini apabila berkongsi testimoni yang berjaya dicapai pembantu rumahnya.

Terdahulu tindakan Eina berkongsi hantaran video memaparkan dirinya menangis berserta emoji patah hati di Instagram Story menimbulkan tanda tanya.

Bukan itu saja, Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman turut berkongsi ayat berkaitan 'menghargai' seseorang dalam hantaran lainnya juga di Instagram Story.

Eina bertemu jodoh dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak kembar iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2023 @ 5:12 PM