Konsert Rockin' On Rooftop mendapat perhatian peminat
Konsert Rockin' On Rooftop mendapat perhatian peminat

Kuala Lumpur: Anggota Search, Din dan Kid mengumumkan Kedai RockStation di Kompleks Campbell di sini, serta jualan menerusi platform atas talian dijalankan juga kini bukan lagi wakil penjual rasmi untuk 'merchandise' Search yang sah.

Menerusi hantaran dibuat di Facebook Search Band itu, dimaklumkan juga kepada peminat-peminat yang sudah membuat pembelian kasut Aliph agar menghubungi pihak terbabit untuk proses bayaran balik dibuat.

"Search band KidDin secara rasmi mengumumkan kedai RockStation dimiliki HOC Apparel di Kompleks Campbell serta jualan 'online' di platform www.fenomenasearch.com bukan lagi wakil penjual 'official merchandise' Search yang sah.

"Segala urusan berkaitan konsert, merchandise (barang dagangan) promosi dan aktiviti publisiti Search di masa akan datang tiada lagi di bawah "pengurusan" RockStation.

"Kepada peminat-peminat yang sudah membuat pembelian kasut Aliph boleh menghubungi pihak RockStation untuk proses refund (bayaran balik). Pihak RockStation telah pun mengumumkan dua minggu untuk melakukan 'refund'. Sekiranya tidak seperti yang dijanjikan, peminat boleh terus ke kedai merekadi Kompleks Campbell," tulis kenyataan itu.

Dalam kenyataan terbabit juga, Search band KidDin juga mengingatkan agar pihak RockStation di minta untuk meneruskan proses cabutan bertuah kepada dua pembeli sekiranya jualan Rockobox sudah mencapai 500 unit.

"Sila tunaikan cabutan bertuah kepada peminat seperti yang dijanjikan.

"Search tetap akan meneruskan perjalanan dalam memperjuangkan muzik kepada semua peminat dan kami sangat menghargai sokongan anda selama ini," katanya.

Dimaklumkan Search band KidDin akan kembali lagi untuk menggegarkan dunia peminat, selain ucapan terima kasih berikutan sokongan tanpa henti diberi untuk masih berkarya hingga kini.

Bagaimanapun, dalam perkongsian kenyataan itu tidak dijelaskan secara terperinci mengenai RockStation tidak lagi menjadi wakil jualan barangan Search yang sah dan terbabit dalam apa saja aktiviti promosi kumpulan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2023 @ 6:10 PM