BELLA Astillah. FOTO arkib NSTP
BELLA Astillah. FOTO arkib NSTP
Norhayati Nordin


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 28, kagum dengan 'erti cinta' kepada wanita tersayang diungkap pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi yang dikongsikannya di Instagram Story.

"Cintailah satu wanita...dan pasti dia akan membuatmu sukses," Lionel Messi.

Walaupun ringkas, pastinya ia membawa maksud mendalam. Apatah lagi, buat wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak dilahirkan wajar untuk dihargai dengan penuh kasih sayang.

Tidak hanya itu, Bella turut kagum dengan kekuatan rakannya juga pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, dalam menghadapi kontroversi rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof, 39.

Menerusi hantaran di Instagram Story juga, Bella menyatakan sokongannya sentiasa berpihak kepada Puteri Sarah dalam mendapatkan kebahagiaan serta keadilan untuk diri dan anak-anak.

"Sejak mengenali awak (Puteri Sarah), awak tidak pernah lembik tetapi selalu bersemangat dan positif.

"Sejujurnya, awak sudah menang sekarang. Keluarga mentua, keluarga, rakan selebriti, 'jabatan' netizen, isteri dan wanita di Malaysia berada di belakang awak.Kami sayang awak dan kekal kuat," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Bella juga memaklumkan pasti akan ada kifarah atau balasan terhadap sesuatu perbuatan kepada kita semua sebagai manusia.

"Kita kecewakan orang, esok lusa orang lain akan buat pada kita semula. Kita buat jahat dekat orang, esok lusa kena pada kita semula.

"Hidup ini umpama roda. Tunggu masanya roda itu menghentam anda semula. Anda akan ingat apa yang pernah dilakukan terhadap seseorang," tulisnya.

Sebelum kisah rumah tangga Puteri Sarah hangat, Bella lebih dulu berada dalam situasi dugaan perkahwinan dengan suaminya juga pelakon, Aliff Aziz sehingga mereka pernah bercerai sekejap pada Mei 2019 dan kemudiannya rujuk semula ketika dalam edah.

Terdahulu, Syamsul yang juga pengarah filem Munafik, membuat pengakuan menerusi video yang dimuat naik di Instagram mengumumkan sudah berkahwin kali kedua dengan wanita pilihan, Ira Kazar di Thailand pada Jumaat lalu.

Akad nikah pasangan itu dilakukan sendiri oleh bapa Ira iaitu pelakon berpengalaman, Kazar Saisi sebagai wali.

PERKONGSIAN Bella Astillah di Instagram Story.
PERKONGSIAN Bella Astillah di Instagram Story.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2023 @ 4:14 PM