Akim Ahmad dan Stacy Anam.
Akim Ahmad dan Stacy Anam.

Kuala Lumpur: Penyanyi Akim Ahmad, 31, berkongsi berita gembira bahawa isterinya yang juga penyanyi Stacy Anam, 32, selamat bersalin bayi lelaki pagi ini.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad memanjatkan setinggi kesyukuran dengan kelahiran itu.

"Segala pujian selayaknya untuk Mu ya Allah, jam 10.19 pagi 6 Ogos 2022 bersamaan Muharram 1444 hijrah. Isteriku tercinta Stacy Anam sudah selamat melahirkan anak lelaki kami, Alhamdulillah.

"Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar," katanya.

Pada Mac lalu, Stacy mengesahkan dia hamil anak kedua dengan usia kandungan mencecah empat bulan.

Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam berkata, dia dan Akim sangat bersyukur kehamilan kedua itu dipermudahkan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2022 @ 3:45 PM