Hisyam Hamid.
Hisyam Hamid.
Georgie Joseph


Petaling Jaya: Demi keserasian semula jadi dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan, pelakon Hisyam Hamid, 37, memanggil pasangannya Scha Elinnea sebagai 'B' atau 'baby' setiap kali di lokasi penggambaran.

Hisyam berkata, pendekatan itulah yang membuatkan watak mereka sebagai suami isteri menjadi lebih hidup tanpa terbit sebarang niat mahu 'menggatal' dengan pelakon wanita itu.

"Pada pengakhiran drama itu, kami akan jadi rapat jadi memang kena bina keserasian itu. Jadi kami putuskan untuk saling memanggil 'B' di set (penggambaran). Dia pun okey dan bila terbiasa panggil 'B', lakonan nampak semula jadi. Hal begini nampak kecil atau remeh atau sengaja menggatal tapi tak. Ia penting bila nampak dalam skrip.

"Disebabkan itu, semakin lama orang nampak keserasian itu sebab kami sudah bina sejak awal," katanya.

Hisyam juga menegaskan pendekatan itu hanya di set penggambaran saja, malah isterinya, Rosmawati Hanafi pun memahami.

"Kami memang rapat di lokasi. Kami banyak lakukan perkara bersama-sama seperti saling membelikan kopi dan rapatkan lagi kami. Tapi dekat luar setakat ini, tiadalah.

"Isteri saya pun okey kerana dia tahu apa yang berlaku di set, habis di situ. Kalau Scha jumpa saya di luar, dia panggil nama saya atau 'you' dan tak pernah lagi terlepas panggil 'B'" katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2022 @ 3:36 PM