Kuala Lumpur: Anak kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat iaitu Ana Nayla yang kini berusia 10 bulan mengalami masalah pada kulit sehingga merisaukan Ayda dan suaminya, Nabil Mahir. 

   Dalam hantarannya di Instagram Story, Ayda meluahkan kerisauannya terhadap apa yang berlaku.

   "Bangun pagi nampak baby macamni. Sesiapa tau kenapa? Allergic or anything? Pernah kena to you baby tak? Sedih kita tengok dia. Satu badan macamni," tulisnya yang disertakan emoji bingung. 

   Dia turut menyertakan beberapa keping gambar yang memperlihatkan keadaan tubuh badan dipenuhi bintik merah.

  Tidak tahan melihat keadaan anaknya, Ayda dan Nabil kemudian membawa Ana Nayla ke hospital bagi merujuk kepada doktor pakar kanak-kanak.

   "Get well soon baby Koa," tulisnya. 

   Tanggal 1 Januari lalu, genap setahun usia perkahwinan Ayda dan Nabil. 

  Cahaya mata sulung mereka dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2022 @ 6:07 PM