Aida dan Nabil bersama anak mereka.
Aida dan Nabil bersama anak mereka.

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memohon maaf kepada keluarga dan sahabat handainya kerana tindakannya dan suami, Nabil Mahir yang belum bersedia untuk mempertemukan bayi mereka. 

Dalam hantarannya di Instagram Story, Ayda bagaimanapun meluahkan rasa rindu untuk bertemu mereka. 

"Mohon maaf kepada keluarga dan sahabat handai kalau ada yang berasakan saya dan Nabil keterlaluan mengenai perkara ini. Bukan tak nak jumpa, hati memang dah rindu. 

"Nak gelak ketawa bersama, nak bagi jumpa bayi kami. Tapi, tanggungjawab nak jaga keselamatan dan kesihatan keluarga kita dan anda, kami utamakan," tulisnya. 

Ayda bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada mereka yang faham dengan situasi yang berlaku. 

"Kami belum bersedia. Insya-Allah, satu hari nanti. Terima kasih kepada yang faham. Kami sayang anda dan rindu semua termasuklah AJ Screamer (kelab peminatnya)," tulisnya. 

Tanggal 1 Januari lalu, genap setahun usia perkahwinan Ayda dan Nabil. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 January 2022 @ 8:28 PM