Azza Elite bawa watak Mak Su dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3.
Azza Elite bawa watak Mak Su dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3.

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Azza Elite, 44, berpesan kepada tetamu yang datang beraya agar menjaga adab pertuturan selepas menjadi mangsa sindir badan baru-baru ini.

Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari berkata dia pelik apabila ada individu tertentu yang suka mempersoalkan bentuk badan dengan menyindir.

"Kita beraya jaga mulut okay. Kita sibuk 'body shaming' orang, gemuklah, terlalu kuruslah. Kalau gemuk pun, kita makan beras rumah kamukah? Tak kan.

"Nanti kurus cakap ambil dadah pulak. Macam-macam. Kita pesan sekali lagi, berhenti 'body shaming' orang. Hari pertama raya, kita kena awak," katanya.

Azza menyifatkan sikap sebegitu tidak patut terutama apabila bertandang ke rumah orang lain. Dia juga sempat berseloroh bahawa mulutnya boleh jadi lancang jika terpaksa.

"Nasib kita Azza Elita, kalau kita Mak Su dalam 7 Hari Mencintaiku 3, kita 'lahar' kau balik. Ingat kita tak beranikah?

"Biar gemuk jangan buruk. Sudahlah datang rumah kita, kita dikata-katanya. Susah sangatkah nak jaga kata-kata?" menurutnya lagi.

Perkongsian itu dibuat Azza menerusi hantaran di Instagram.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2022 @ 2:12 PM