Tegar bersama isteri, Sarah dan anak mereka. Foto ihsan Instagram Tegar
Tegar bersama isteri, Sarah dan anak mereka. Foto ihsan Instagram Tegar
Agensi

Jakarta: Isteri penyanyi Tegar Septian, Sarah Sheila Kamilia pernah meluahkan dia terpaksa menanggung rindu yang lama akibat berjauhan dengan suaminya yang berada di Malaysia.

Ia berikutan, Tegar, 21, terpaksa menetap seketika di Malaysia kerana menyertai program Big Stage 2022 yang berakhir pada 28 Mac lalu dan dia memenangi tempat kelima serta meraih RM10,000.

"Dua tahun bernikah, kami amat bahagia bersama. Semoga keluarga kita makin segalanya," kata Sarah.

Ia ucapan ketika Sarah meraikan sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang kedua pada Mac lalu dan Tegar ketika itu masih berada di Malaysia.

Sarah dan Tegar yang bernikah muda sentiasa memaparkan hubungan mesra dan kebahagiaan rumah tangga mereka di Instagram dan difahamkan sering juga dikecam netizen.

Pun begitu, hasil perkongsian hidup Tegar dan Sarah kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Abidzar Octaviano Putra Septian, kini berusia satu setengah tahun.

Tegar yang pernah popular dengan Lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, selama ini terus menjadi penyanyi jalanan bagi mencari rezeki halal buat menyara keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2022 @ 12:57 PM