KIM (kanan) dan Kanye West.
KIM (kanan) dan Kanye West.
Agensi

Los Angeles: Selebriti terkenal, Kim Kardashian berterima kasih kepada bekas suaminya, Kanye West ketika menerima anugerah The Fashion Icon di 2021 People's Choice Awards yang berlangsung di Santa Monica, California, Selasa lalu.

Kardashian berkata, West antara individu yang memperkenalkan dirinya mengenai dunia fesyen.

"Saya jatuh cinta dengan fesyen dan terinspirasi dengan orang ramai. Tetapi sekali lagi, ini seperti mimpi apabila saya bangun dan mengenakan pakaian hebat ini selain mencuba hal baru dan mengambil risiko," katanya.

Anugerah itu disampaikan oleh penerima anugerah terbabit tahun lalu, Tracee Ellis Ross.

Walaupun sudah berpisah, hubungan di antara Kardashian dan West dikatakan masih lagi baik. Difahamkan sehingga kini mereka saling menyokong dan memberi nasihat antara satu sama lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Disember 2021 @ 12:40 PM