Sebuah kediaman yang marak terbakar di Malibu, California. FOTO Reuters
Sebuah kediaman yang marak terbakar di Malibu, California. FOTO Reuters
Reuters

CALIFORNIA: Empat kematian terbaru dicatatkan dalam kebakaran hutan di Utara California, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban kepada 9 orang.

Kebakaran dikenali sebagai ‘Camp Fire’ itu turut mencederakan tiga anggota bomba dan memusnahkan lebih 6,700 kediaman serta premis perniagaan, membabitkan kawasan sejauh 145 kilometer di utara Sacramento.

Sementara itu beberapa selebriti terkenal, antaranya penyanyi Lady Gaga dan bintang realiti televisyen Kim Kardashian adalah antara ribuan penduduk yang terpaksa berpindah dari kediaman masing-masing di Malibu.

Kardashian yang berpindah dari kediaman dikongsi bersama penyanyi Kanye West pada Khamis lalu memuat naik kenyataan di Twitter semalam, memaklumkan bahawa beliau diberitahu kebakaran terbabit turut menjejaskan aset milik mereka, namun berjaya dikawal.

Malibu dan Calabasas ialah kediaman kepada ratusan selebriti dan eksekutif hiburan yang tertarik dengan pemandangan indah tepi laut, kawasan bukit serta aset mewah jauh dari kesibukan orang ramai.

Antara penghuni terkenal mendiami kawasan itu adalah Barbra Streisand, Tom Hanks, Judd Apatow dan Britney Spears.

Laman web selebriti TMZ melaporkan rumah mewah Caitlyn Jenner iaitu personaliti transgender terkenal Amerika musnah dalam kebakaran itu semalam.

Pegawai publisiti beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan status terkini membabitkan rumah mewah personaliti terbabit namun memaklumkan Jenner berada dalam keadaan selamat,

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 November 2018 @ 3:12 PM