Drake
Drake
Agensi

Los Angeles: Pelancaran lagu baharu penyanyi, Drake, 34, berjudul Wants and Needs mencetuskan spekulasi wujud hubungan sulit antara dia dengan bintang realiti, Kim Kardashian sekali gus menghangatkan lagi kisah perceraian Kardashian dan Kanye West baru-baru ini.

Drake dalam lagunya ada menyebut nama West menyebabkan ia menjadi perbualan panas dalam kalangan peminat. Apatah lagi, wujud konflik antara dua penyanyi itu sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun penyanyi itu tidak menyebut nama Kardashian dalam lagu berkenaan, namun ia mencetuskan teka-teki kemungkinan hubungan mereka ada perkaitan.

Lagu berkenaan dilancarkan selepas Drake dilaporkan pernah memberi bayangan dia dan Kardashian saling menyimpan perasaan menerusi lagu My Feelings pada 2018.

Dalam lagu itu, dia berulang kali menyebut lirik 'Kiki, do you love me?' yang turut menjadi hit seluruh dunia. Ketika itu, ramai mengandaikan Kiki adalah singkatan kepada nama Kardashian.

Pada 2018 juga, Drake pernah menjentik kisah pasangan itu menerusi lagunya Can't Take a Joke. Dia berjenaka mengenai kisahnya berkongsi kawasan kejiranan dengan pasangan itu di Calabasas.

Kardashian dan West bercerai baru-baru ini selepas berkahwin selama tujuh tahun. Mereka dikurniakan empat anak mereka iaitu North, 7; Saint, 5; Chicago, 3; dan Psalm, 1. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 11:45 AM