Ernie Zakri.
Ernie Zakri.
Oleh Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi Ernie Zakri menafikan khabar angin mendakwa dirinya hamil.

Ernie menerusi satu ciapan di Twitter berkata, berat badannya naik selepas berkahwin.

"Itu bukan 'baby bump'. Dalam perut tu makanan. Jangan buat saya macam ini. Saya sangat suka makanan sampai lepas kahwin tidak berhenti makan nasi.

"Namun, saya dah berhenti makan nasi sekarang dan kembali kepada gaya hidup sihat," tulisnya.

Menurut Ernie, dia menganggap desas-desus yang mendakwa dirinya hamil adalah satu doa buat dirinya. "Tapi doa-doa anda itu saya aminkan. Doa banyak-banyak tau untuk saya dan mereka yang mahu timang anak," tulisnya lagi.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, selamat mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Syamel pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Jun 2021 @ 4:12 PM