Ernie mahu Haqiem menjadi lebih matang selepas ini. FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD
Ernie mahu Haqiem menjadi lebih matang selepas ini. FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD
Amirul Haswendy Ashari


PENYANYI, Ernie Zakri, 26, berharap Haqiem Rusli akan menjadi lebih matang dan jujur dengan kerjaya seninya selepas membuat pendedahan dalam sidang media selama sejam, semalam.

"Inilah kesan akibatnya apabila menggunakan isu sensitif seperti kemurungan. Dia mungkin sedang mencari bantuan sehingga beberapa kali meluahkan ingin berhenti menyanyi.

"Inilah bahayanya apabila bermain dengan isu kemurungan. Jika mungkin dia betul-betul murung, orang luar pun sudah tidak mahu mempercayainya selepas ini," kata Ernie tegas.

Katanya, artis tidak perlukan perkara seperti itu untuk mendapatkan perhatian walau pun strategi itu penting dan tidak menyentuh isu sensitif.

Ernie bagaimanapun menolak dakwaan menganggap Haqiem seorang penipu berikutan kes terbabit.

Ernie sebelum ini meluahkan perasaan di sosial media mendakwa dirinya diperbodohkan Haqiem selepas dijemput ke program Hot FM Live.

Malah, dia menempelak penyanyi remaja itu sengaja menggunakan alasan kemurungan sebelum melancarkan video muzik single terbaru, Selamat Tinggal Sayang selepas program itu.

Pada sidang media itu juga, Haqiem mendedahkan dirinya tidak mengalami kemurungan teruk.

Haqiem turut memohon maaf secara terbuka kepada Ernie serta Wani Hasrita dan media tempatan kerana tindakan tidak matang dilakukannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 5:20 PM