KRISDAYANTI (kiri) melawat anaknya Aurel (baring) dan menantu, Atta pada raya kedua, semalam.
KRISDAYANTI (kiri) melawat anaknya Aurel (baring) dan menantu, Atta pada raya kedua, semalam.
Agensi

Jakarta: Anak kepada pasangan Krisdayanti dan Anang Hermansyah iaitu Aurel Hermansyah tidak dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri kerana perlu berehat sepenuhnya demi kebaikan dirinya serta kandungan.

Aurel bagaimanapun menerima kunjungan ibunya juga penyanyi terkenal, Krisdayanti dan ibu saudaranya, Yuni Shara untuk berhari raya.

Suaminya Atta Halilintar, juga sensai YouTube terkenal mengakui bersyukur dengan momen itu.

"Haru raya kedua. Alhamdulillah indahnya silatulrahim," katanya.

Bersama keterangan itu, terlihat Atta dan ibu mentuanya serta Yuni Shara duduk di tepi katil disebelah Aurel yang sedang terbaring. 

Bukan sahaja Atta, Krisdayanti juga berkongsi perasaan bahagia kerana dapat bertemu puteri sulungnya sempena hari raya.

 "Silaturahim pada raya kedua, ke rumah anak menantu. Alhamdulillah rezeki kemurahan Allah. Saya mohon doa untuk anak anak saya semoga mereka berdua bahagia," tulisnya.

Berita itu disambut positif oleh warganet yang menyukai hubungan kekeluargaan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Mei 2021 @ 1:52 PM