KRISDAYANTI kerap menjalani ujian swab antigen Covid-19. FOTO IG Krisdayanti
KRISDAYANTI kerap menjalani ujian swab antigen Covid-19. FOTO IG Krisdayanti
AgensiĀ 

Jakarta: Penyanyi popular Krisdayanti, antara individu yang kerap menjalani ujian swab antigen untuk memastikan dirinya bebas dari simptom Covid-19.

Menurut laporan Liputan6.com, ibu kepada Aurel Hermansyah ini memuat naik di Instagramnya aktiviti rutin yang dilakukan bersama anggota DPR RI (Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia) yang lain.

"Kami rutin melakukan swab antigen secara beramai-ramai sebelum melakukan kerja sebagai DPRI," tulis penyanyi lagu Menghitung Hari ini.

Menurutnya swab antigen yang dilakukan bukan sahaja untuk melindungi dirinya sendiri, tetapi juga banyak orang lain.

"Ia untuk menjaga kesihatan dan profesional melindungi diri, keluarga dan lingkungan kerja di manapun berada. Salam sihat tetap optimis untuk semua," katanya lagi.

Krisdayanti turut memuat naik video pendek memperlihatkan kesakitan apabila selesai melakukan swab antigen, walaupun bukan kali pertama dia melakukannya.

Bahkan bekas isteri Anang Hermansyah ini, sampai memegang hidungnya yang cukup lama dimasuki alat ujian.

Bagaimanapun, perkara itu turut mendapat perhatian kakaknya, Yuni Shara yang menyifatkan jolokan agak lama di dalam hidung itu pasti menyakitkan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2021 @ 11:04 AM