Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah.
Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah.
Agensi

Jakarta: Keinginan bapa YouTuber terkenal Atta Halilintar iaitu Halilintar Anofial Asmid yang mahukan menantunya Aurel Hermansyah bersalin secara normal mengundang kritikan hebat warganet. 

   Halilintar menerusi video yang tular di laman sosial berkata, dia inginkan cucu yang ramai dan sekiranya Aurel bersalin secara pembedahan akan menyebabkan sukar untuk dikurniakan anak yang ramai kelak.

   "Biar melahirkan secara normal, jangan sampai melakukan pembedahan. 

   "Kalau menjalani bedah, Atta tak boleh ada anak yang ramai," katanya.

  Kenyataannya ini mengundang kritikan yang hebat daripada warganet yang tidak bersetuju dengan pendiriannya itu.

   "Aurel berhak untuk menentukan bilangan anaknya. Kalau ibu tak mahu, terserah kepadanya. Tak semua orang mahu ramai anak," komen netizen.

   Anak sulung Anang Hermansyah dan bekas isteri, Krisdayanti ini mendirikan rumah tangga dengan Atta pada April tahun lalu dan mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Februari 2022 @ 3:22 PM