ATTA dan Aurel.
ATTA dan Aurel.
Agensi

PENYANYI popular Indonesia, Anang Hermansyah merestui hasrat YouTuber popular Indonesia, Atta Halilintar memperisterikan anaknya, Aurel Hermansyah, 22.

Anang mengakui tidak mampu untuk melarangnya. Lagipun, Atta ikatakan banyak memberi pengaruh positif kepada Aurel terutama soal karier seninya dalam industri hiburan.

"Bagaimana saya mahu melarang Aurel bercinta dengan Atta? Bagaimana? Tak boleh? Ya, terpulang kepada Aurel menentukannya. Tapi selama ini, Atta banyak beri sokongan kepada dia," katanya.

Sebelum itu, peminat di Indonesia dikejutkan dengan sambutan hari jadi yang cukup istimewa daripada Atta terhadap Aurel pada 10 Julai lalu.

Kesungguhan Atta untuk memperisterikan Aurel jelas terlihat apabila dia bertindak melamar kekasihnya ini dan mahu mengahwini Aurel dalam masa terdekat.

Menerusi sambutan ulang tahun yang diadakan, Atta memberikan kejutan dengan membawa Aurel menaiki kapal persiaran mewah.

Kapal itu dihiasi dengan dekorasi khas bagi meraikan hari jadi Aurel yang dibuat dalam suasana cukup romantik.

Atta dikenali sebagai seorang yang kerap memberi kejutan luar biasa terhadap kekasihnya itu.

Terdahulu, Aurel juga pernah memberi bayangan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan Atta dalam masa terdekat.

Aurel adalah anak sulung Anang bersama bekas isterinya, penyanyi Krisdayanti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 5:01 PM