Jennifer Lopez sudah berpisah dengan tunangnya, Alex Rodriguez. FOTO AGENSI
Jennifer Lopez sudah berpisah dengan tunangnya, Alex Rodriguez. FOTO AGENSI
Agensi

 

Penyanyi, Jennifer Lopez sudah berpisah dengan tunangnya, Alex Rodriguez selepas berdepan dengan isu dalam perhubungan mereka. 

Perkara itu disahkan oleh sumber terdekat pasangan itu yang memaklumkannya kepada media antarabangsa. 

"Kali terakhir mereka bertemu satu sama lain pada 1 Mac lalu. Sejak itu, mereka sudah tidak bersua muka lagi. 

"Sejak kebelakangan ini, pasangan itu sebenarnya sudah berdepan dengan isu dalam hubungan mereka," kata sumber. 

Dalam pada itu, media antarabangsa juga mengesahkan pasangan itu memutuskan untuk berpisah selepas empat tahun bersama. 

Lopez dan Rodriguez mengikat tali pertunangan pada Mac 2019 dan sebelum ini merancang untuk berkahwin pada Jun 2020 di Itali. 

Namun, perkahwinan mereka ditunda akibat pandemik Covid-19. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 10:24 AM