Arnold Schwarzenegger ketika dirawat di hospital.
Arnold Schwarzenegger ketika dirawat di hospital.
Agensi

Ohio: Aktor Arnold Schwarzenegger, 73, mengakui dirinya semakin sihat meskipun baru menjalani pembedahan jantung kali ketiga dalam tempoh dua tahun ini.

Tidak mendedahkan tarikh sebenar, bintang Terminator itu berkongsi keadaannya kembali normal dan masih mampu berjalan-jalan di sekitar Cleveland selepas pembedahan itu.

"Terima kasih kepada pasukan perubatan di Cleveland Clinic. Saya kini memiliki injap aorta baharu digabung dengan injap pulmonari daripada pembedahan terdahulu.

"Saya rasa hebat dan sudah bersiar-siar menikmati keindahan Cleveland. Terima kasih buat setiap doktor dan jururawat dalam pasukan saya," katanya.

Terdahulu, Schwarzenegger berkongsi sebuah fotonya berada atas katil hospital menerusi Twitter hari ini. 

Pada 2018, aktor terbabit pernah menjalani pembedahan menggantikan injap pulmonari lamanya yang asalnya ditukar pada 1997. Injap itu dikhabarkan tidak boleh bertahan selamanya dan perlu ditukar.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 3:01 PM