Elly Mazlein.
Elly Mazlein.
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON, penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein tampil menjawab desas desus yang mengatakan dia kini hamil anak pertama, hasil perkahwinan dengan suami, Mohamad Azlan Che Nuh.

Elly yang mesra disapa dengan panggilan Kak Lina ketika dihubungi berkata, terlalu awal untuk dia kongsikan apa-apa berita mengenai kehamilan itu.

"Kalau dah okay, dah kuat, dah sah, Kak Lina akan kongsikan. Masih awal lagi untuk bercerita pun," katanya kepada Harian Metro.

Pelakon drama Kampung People itu juga memohon peminat-peminat dan kenalan supaya mendoakan kesejahteraannya serta dikurniakan rezeki cahaya mata secepat mungkin.

"Doakan Kak Lina ya. Kalau ada berita mengenai kehamilan, Kak Lina akan kongsikan. Jadi, doakan kesejahteraan dan semoga dikurniakan rezeki cahaya mata," katanya.

Antara penyebab utama kenapa Elly dikatakan kini hamil, adalah kerana dia tidak lagi memuat naik foto Outfit of the Day (OOTD) sejak akhir-akhir ini.

Pernikahan Elly dan Azlan adalah yang kedua dan menerusi perkahwinan terdahulunya, Elly dikurniakan cahaya mata pertama, Putri Sara Sefhia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 4:34 PM