FOTO ihsan IG Ayda Jebat & Nabil Mahir
FOTO ihsan IG Ayda Jebat & Nabil Mahir
Najiy Jefri


PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi momen terindah apabila dilamar kekasihnya, pengacara Nabil Mahir, 32.

Nabil melamar pelantun lagu Pencuri Hati itu sempena ulang tahun kelahiran Ayda yang ke-28 semalam.

"She said yes (Dia kata ya)!,” tulis Nabil ketika memuat naik foto dirinya bersama Ayda yang menayangkan cincin.

Sementara itu, Ayda atau nama sebenar, Nur Suhada Jebat turut berkongsi perkhabaran gembira itu dan menganggap lamaran diterimanya sebagai hadiah paling bermakna.

"Hadiah hari lahir terbaik. I said yes, (saya kata ya), " tulisnya.

Terdahulu Nabil mengakui kini menjalin cinta dengan Ayda dan mereka juga sudah bertemu keluarga kedua belah pihak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2020 @ 1:02 PM