YAHYA (tengah) bersama barisan pelakon dan peserta uji bakat filem Sumpahan Syaitan, baru-baru ini.
YAHYA (tengah) bersama barisan pelakon dan peserta uji bakat filem Sumpahan Syaitan, baru-baru ini.
Mary Victoria Dass

KELEBIHAN filem seram ialah orang tetap suka menonton walaupun mereka tahu sepanjang tayangan hampir 90 peratus masa dihabiskan dengan menutup muka atau menjerit.

Sehubungan itu, bagi memenuhi kehendak peminat filem seram, D-Bay Film Factory Sdn Bhd menerbitkan filem Sumpahan Syaitan di bawah syarikat produksi Redfiress Film Production.

Penerbitnya, Datuk Yahya Othman berkata, filem berkenaan bukan saja tampil dengan jalan cerita mendebarkan, tetapi dengan jelmaan imej mengerikan serta sistem bunyi menyeramkan.

Namun, dalam masa sama ada diselitkan unsur komedi.

“Unsur komedi menjadi antara tarikan dalam filem ini. Kami jangkakan filem ini ditayangkan pada Ogos atau September tahun ini,” katanya.

YAHYA harap filem Sumpahan Syaitan menarik ramai penonton.
YAHYA harap filem Sumpahan Syaitan menarik ramai penonton.

Filem arahan Roy Krishna ini akan menjalani penggambaran di Johor Bahru dan Cameron Highlands.

Ia menampilkan pelakon seperti Abam Bocey, Adam Shah, Arin Raja Lawak dan Siti Chubby.

Roy berkata, antara kelainan filem berkenaan adalah menampilkan ramai artis baru.

Katanya, bagi mencungkil bakat baru, pihaknya juga mengadakan sesi uji bakat di Amerin Hotel Johor Bahru.

“Lebih 200 orang pelbagai peringkat usia dan bangsa hadir uji bakat. Selain Johor Bahru dan Kuala Lumpur, kami sentiasa mahu mengasah bakat penduduk di seluruh negara.

“Komitmen ditunjukkan mereka dalam menjayakan uji bakat ini amat baik dan kami berharap individu terpilih mampu menjadi pelakon yang baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 7:00 AM