PERCINTAAN Akhyar dan Eyka menjadi perbualan hangat netizen.
PERCINTAAN Akhyar dan Eyka menjadi perbualan hangat netizen.
Cik Pang

GOSIP percintaan pelakon Eyka Farhana dengan bintang bola sepak kebangsaan dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid bukan lagi rahsia.

Kisah terbabit mula menjadi perbualan hangat netizen selepas foto mereka berlaga pipi tular sekaligus terus menjadi teka-teki adakah mereka bercinta atau tidak.

Melihat kebahagiaan Eyka dan Akhyar, Cik Pang teringin juga nak bercinta dengan pemain bola sepak.

Tapi, pemain bola sepak mana yang sudi nak berkawan dengan Cik Pang yang sebesar peti ais ini?

Walaupun besar, hati Cik Pang baik tau!

Terkini, Cik Pang mendapat maklumat daripada teman rapat yang memaklumkan hubungan Eyka bersama Akhyar mendapat restu keluarga pemain bola sepak itu.

Difahamkan, keluarga Akhyar menerima baik hubungan Akhyar dengan Eyka sekiranya pasangan itu serius untuk menjalin hubungan cinta.

Namun, sejauh mana kebenarannya, rasanya soalan ini perlu ditanya kepada Eyka dan Akhyar kerana sehingga kini kedua-dua dilihat mengambil keputusan mengunci mulut.

Cik Pang sangat faham pasti ada sebabnya mereka berbuat demikian apatah lagi hal penularan itu pun bukan dipinta. Baik untuk menjaga reputasi atau hati mana-mana pihak, keputusan itu perlu dihormati.

Bagaimanapun, Cik Pang doakan semoga hubungan Akhyar dan Eyka berjalan dengan baik dan jika ada khabar gembira Cik Pang harap mereka cepat-cepat kongsikan kepada umum supaya tiada yang berteka-teki lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 7:00 AM