Rasanya umum tahu mengenai hubungan baik antara pelakon Afiq Muiz dan Miera Liyana bukan? Ke mana-mana acara hiburan, mereka selalu dilihat bersama.

Sebelum ini ramai teman media bertanya mengenai hubungan mereka, namun jawapan tetap sama, sekadar berkawan.

Lagipun, Miera pernah luahkan Afiq tiada ciri-ciri lelaki idaman, kecuali selesa sebagai teman. Bagi Miera, dia lebih menganggap hubungan mereka seperti abang-adik, itu saja.

Pernah juga teman Cik Pang tanya kepada Miera, apa ciri-ciri lelaki idaman? Katanya, si lelaki itu mestilah matang dari segi usia dan pengalaman.

Tapi tiba-tiba Cik Pang dengar Afiq meluahkan kepada seorang teman mengatakan dia dan Miera sebenarnya sedang bercinta. Malah mereka kini dalam fasa serius dalam hubungan.

Cerita disampaikan ini membuatkan Cik Pang keliru mana satu yang betul. Bercinta atau berkawan? Miera cakap macam ini, Afiq pula cakap macam itu.

Bukan Cik Pang sengaja nak jaga tepi kain orang, cuma bila babitkan kenyataan yang pernah dikeluarkan dalam media tapi kedengaran keliru, Cik Pang nak juga penjelasan yang sebetul-betulnya.

Kalau betul bercinta sekalipun, rasanya tiada siapa pun yang nak halang. Kecualilah betul cerita yang Cik Pang dengar mengenai Miera yang dengarnya bercinta dengan anak VIP.

Cik Pang pasti, ramai yang nak tahu kisah selanjutnya mengenai hubungan dua pelakon muda ini. Kita tunggu dan lihat sajalah. Selalunya artis ini suka cakap sebaliknya untuk mengelirukan peminat sebagaimana sering berlaku sebelum ini.

Nafi bercinta tapi akhirnya timbul cerita hendak kahwin begitu juga nafi rumah tangga ada masalah tetapi tidak lama selepas itu ke pejabat agama.

Jika benar Miera dan Afiq bercinta, jangan lama-lama. Ada rezeki lebih, baik berkahwin saja.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2016 @ 5:02 AM