CHOT bersama anak keduanya, Baby H.
CHOT bersama anak keduanya, Baby H.
Syafil Syazwan Jefri


PELAWAK Chot dari kumpulan XOXO berkongsi kegembiraan mengenai berita kelahiran anak keduanya yang selamat dilahirkan jam 11.45 pagi semalam.

Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan, 29, ketika dihubungi berkata, bayi lelaki itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Melaka dengan berat 2.5 kilogram.

"Alhamdulillah. Isteri saya, Siti Zafirul Azzah selamat melahirkan bayi lelaki secara normal dan dia serta bayi dalam keadaan sihat. Ini adalah satu nikmat dan anugerah buat saya sekeluarga," katanya.

Menurut Chot, bayi itu belum diberi nama dan sekadar dipanggil dengan nama timangan Baby H.

Berita itu juga umpama satu anugerah buatnya selepas kematian anak pertamanya, Muhammad Sher Harraz pada 8 Oktober tahun lalu akibat komplikasi jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2019 @ 6:12 PM