SUSU Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL memberi tambahan tenaga kepada Sarimah.
SUSU Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL memberi tambahan tenaga kepada Sarimah.
Hamizah Badiran


MENGIKUTI perjalanan kehamilan pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim, 41, di laman Instagramnya, pasti membuatkan ramai wanita kagum dengan tahap kecergasan dimiliki.

Mana tidaknya, meskipun hamil sembilan bulan, Sarimah masih aktif bersenam. Pada masa sama, menjaga pemakanan dengan baik. Malah pengacara The Biggest Loser Asia itu berharap boleh mengekalkan tenaga dan tahap kesihatan untuk teruskan aktiviti bersenam selepas bersalin dan habis pantang kelak.

“Sejak sebelum hamil hingga kini, sudah menjadi kebiasaan bagi saya mengamalkan diet seimbang disusuli aktiviti kecergasan di gimnasium lebih-lebih apabila usia kian meningkat.

“Namun, penting untuk wanita hamil yang mahu bersenam supaya mendapat nasihat doktor terlebih dahulu kerana keperluan tubuh setiap individu itu berbeza.

“Jika wanita hamil sudah biasa bersenam dan tiada masalah kesihatan, dia boleh meneruskan aktiviti itu,” katanya antara senaman yang kerap dilakukan sesuai dengan usia kandungannya adalah pilates dan kardio tetapi dalam kadar sederhana sahaja atas nasihat doktor.

Mengenai aspek penjagaan makanan, Sarimah pastikan mengambil makanan penuh protein, kalsium dan kurang gula.

Amalan pentingnya ialah minum air dua hingga tiga liter sehari bagi mengelak kekurangan air dalam badan selain susu untuk kekal bertenaga.

Mengakui penggemar susu, Sarimah gembira kerana kini ada Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL yang turut mengandungi kurma, malah lebih tinggi kandungan kalsium, lebih rendah lemak dan laktosa.

“Rasanya sungguh enak dan mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan seorang wanita hamil.

“Susu penyumbang kalsium yang tinggi apabila ia penting untuk pembentukan tulang apatah lagi semakin meningkat usia kadar kepadatan tulang semakin berkurangan.

“Kurma adalah sumber zat besi yang terbaik dan tergolong dalam makanan superfood apabila amalan memakannya sebelum, ketika dan selepas bersalin mampu memberikan tenaga berpanjangan,” katanya.

Selain itu, Sarimah amat menggalakkan ibu yang baru melahirkan untuk terus mengamalkan pengambilan kurma kerana ia membantu pengeluaran prolaktin iaitu hormon penting dalam menghasilkan susu ibu.

Gabungan susu dan kurma di dalam Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL ini sangat bermanfaat bagi wanita hamil dan sedang menyusui.

Apatah lagi, ia diperkaya dengan sembilan vitamin penting khususnya vitamin A, B1, B3, B6, B12, C, D3, E dan Asid Folik.

“Pelbagai menu berkhasiat boleh dihasilkan melalui Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL ini. Seperti saya, kebiasaannya akan makan bijirin bersama Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL ketika sarapan, minumnya sebagai snek di antara waktu tengah hari dan serta buat susu kocak untuk diminum sebelum mula bersenam.

“Kadang-kadang, saya turut minum susu ini sebelum tidur,” katanya yang membilang hari untuk bersalin.

Sarimah yang berkahwin dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015 bakal menimang puteri pertama mereka bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2019 @ 5:00 AM