Amalan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat menjadi faktor penting dalam mendapatkan badan yang sihat dan cergas. Untuk memenuhi keperluan itu, kepelbagaian makanan amat penting dan ia perlu diambil dalam kuantiti mencukupi.

Kebanyakan makanan mengandungi pelbagai nutrien dan tidak banyak makanan yang dapat membekalkan semua khasiat yang kita perlukan. Antaranya adalah susu. Ia boleh dikatakan sumber makanan yang hampir lengkap kandungan nutrisinya. Secara semula jadi, ia membekalkan semua nutrien penting untuk proses tumbesaran, perkembangan dan pengekalan kesihatan bagi semua peringkat umur.

Di pasaran terdapat pelbagai jenis susu dengan beraneka perisa. Buat pilihan bijak dengan mencari susu yang bersesuaian untuk anda. Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL lebih berkhasiat dan lazat berbanding susu biasa. Malah, ia mempunyai pelbagai kelebihan seperti:

Mengandungi 25 peratus lebih kalsium berbanding susu biasa untuk membantu mengekalkan tulang yang kuat dan mencegah osteoporosis. Ia juga menguatkan gigi, kuku dan rambut.

Mengandungi 56 peratus lebih protein berbanding susu biasa yang mana ia adalah keperluan utama untuk membaiki dan membina tisu badan serta meningkatkan tenaga terutama ketika berpuasa.

Diperkukuhkan dengan sembilan vitamin penting yang diperlukan badan kita iaitu A, B1, B3, B6, B12, C, D, E dan asid folik.

Mengandungi 74 peratus kurang lemak berbanding susu biasa untuk memudahkan anda mengamal pemakanan sihat yang berlemak rendah dan menolong mengekalkan bentuk badan yang sihat dan langsing.

Mengandungi 75 peratus kurang laktosa untuk memudahkan penghadaman dan sesuai untuk dinikmati mereka yang alah kepada laktosa. Alahan kepada laktosa ialah keadaan di mana seseorang mengalami simptom masalah penghadaman seperti kembung perut, cirit-birit dan buang angin kerana badan tidak berupaya menghadamkan laktosa dalam susu.

Variasi Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL dengan Sterol Tumbuhan pula dapat membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Sterol Tumbuhan bertindak dengan menghalang penyerapan kolesterol oleh badan. 2 gelas (250ml setiap gelas) Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL dengan Sterol Tumbuhan mengandungi 1.6g ester sterol tumbuhan yang dapat menolong menurunkan paras kolesterol dalam darah anda.

Lebih lazat dengan Susu Lemak Rendah MARIGOLD yang terdapat dalam tiga perisa iaitu Asli, Coklat dan Strawberi. Ia juga terdapat dalam satu lagi variasi yang mengandungi Sterol Tumbuhan untuk membantu menurunkan paras kolesterol.

Pilihlah Susu Pasteur Lemak Rendah No.1* Malaysia iaitu Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL yang lebih berkhasiat serta lebih lazat hari ini. Jika ia baik untuk anda, sudah pasti ia juga baik untuk anak dan keluarga anda. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana kami membuat susu yang lebih baik.

Sumber: Nielsen Scan Track Data 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 12:28 PM