Berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Oleh itu, pemilihan makanan dan minuman berkhasiat ketika bersahur amat penting kerana ia mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian.

Anda disarankan mengambil makanan dan minuman berkhasiat ketika bersahur seperti sayur-sayuran, roti, bijirin, kekacang, daging, ikan serta susu kerana sumber protein akan memberi tenaga ketika anda bekerja.

Anda juga digalakkan mengambil kurma kerana ia makanan penuh khasiat dan vitamin yang baik untuk kesihatan. Akhir sekali, pastikan jumlah pengambilan air yang mencukupi. Ini kerana keletihan utama ketika berpuasa disebabkan kekurangan air dalam badan dan bukannya disebabkan kelaparan atau tidak cukup makan (melainkan anda tidak bersahur). Tiga hing­ga lima gelas cecair yang diminum secara berperingkat dari awal sahur hinggalah ke akhir sahur sudah memadai.

Oleh itu, gabungkan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL dengan kurma sewaktu bersahur untuk membantu membekalkan khasiat dan cecair yang diperlukan anda dan keluarga meneruskan amalan puasa dengan lebih berkhasiat, bertenaga dan berstamina sepanjang Ramadan ini.

Apabila memilih susu, pilihlah jenama susu pilihan No 1 Malaysia dalam Susu Pasteur Lemak Rendah iaitu Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL (Sumber - Nielsen Scan Track Data 2015). Ini kerana Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL lebih berkhasiat dan lazat berbanding susu biasa.

Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL dipenuhi kebaikan kandungan kalsium dan protein yang lebih tinggi berbanding susu biasa. Ia juga diperkaya dengan sembilan vitamin penting iaitu A, B1, B3, B6, B12, C, D, E dan asid folik serta rendah lemak dan laktosa.

Kelebihan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL berbanding dengan susu biasa seperti berikut:

- Mengandungi 25 peratus lebih kalsium berbanding susu biasa untuk membantu mengekalkan tulang yang kuat dan mencegah osteoporosis. Ia juga menguat­kan gigi, kuku dan rambut.

- Mengandungi 56 peratus lebih protein berbanding susu biasa iaitu keperluan utama untuk membaiki dan membina tisu badan serta meningkatkan tenaga terutamanya sewaktu berpuasa.

- Diperkaya dengan sembilan vitamin penting yang diperlukan oleh badan kita iaitu A, B1, B3, B6, B12, C, D, E dan asid folik.

- Mengandungi 74 peratus kurang lemak berbanding susu biasa untuk memudahkan anda mengamalkan pemakanan sihat yang rendah lemak dan menolong mengekalkan bentuk badan yang sihat dan langsing.

- Mengandungi 75 peratus kurang laktosa untuk memudahkan penghadaman dan sesuai dinikmati mereka yang alah kepada laktosa. Alahan kepada laktosa ialah ke­adaan seseorang mengalami simptom masalah penghadaman seperti kembung perut, cirit-birit dan buang angin kerana badan tidak berupaya menghadamkan laktosa dalam susu.

- Variasi Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL dengan Sterol Tumbuhan pula dapat membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Sterol Tumbuhan bertindak dengan menghalang penyerapan kolesterol oleh badan. Dua gelas (250ml setiap gelas) Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL dengan Sterol Tumbuhan mengandungi 1.6g ester sterol tumbuhan yang dapat menolong menurunkan paras kolesterol dalam darah anda.

- Lebih lazat dengan Susu Lemak Rendah MARIGOLD yang terdapat dalam perisa Asli, Coklat, Strawberi dan juga Sterol Tumbuhan.

Dengan lebih kebaikan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL berbanding susu biasa, ia membekalkan khasiat agar anda dapat meneruskan puasa dengan lebih bertenaga dan berstamina. Jika ia baik untuk anda, sudah pasti ia juga baik untuk anak anda dan keluarga. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana kami membuat susu yang lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 5:02 AM