Susu antara makanan berkhasiat lengkap yang berfungsi sebagai sumber kalsium, protein serta vitamin dan nutrien penting lain yang baik. Ia juga pembekal semula jadi pelbagai jenis nutrien yang penting untuk pertumbuhan, pembangunan dan penjagaan tubuh badan untuk semua kumpulan umur.

Susu Lemak Rendah Dipasteurkan No 1 di Malaysia

Sebagai susu rendah lemak pilihan nombor satu pengguna di negara ini, Susu Lemak Rendah Marigold HL sentiasa berusaha menyediakan sesuatu yang ‘lebih’ dalam produknya ke arah kesihatan rakyat Malaysia yang lebih baik. Dengan setiap segelas Susu Lemak Rendah Marigold HL, anda akan menikmati lebih kebaikan daripada susu yang lain.

Ini kerana susu dengan khasiat pemakanan hebat ini mempunyai 25 peratus lebih kalsium dan 56 peratus lebih protein. Selain itu, ia juga diperkaya dengan vitamin A, B1, B3, B6, B12, C, D dan E serta asid folik untuk membekalkan semua nutrien yang anda perlukan supaya sentiasa sihat dan aktif.

Bukan itu saja, Susu Lemak Rendah Marigold HL juga didatangkan dalam kandungan lemak dan laktosa yang rendah. Susu Lemak Rendah Marigold HL memiliki 74 peratus kurang lemak agar anda tetap sihat dan langsing.

Golongan yang mengalami intoleransi laktosa mungkin mengalami ketidakselesaan pencernaan seperti perut kembung, berangin dan cirit-birit apabila meminum susu biasa, tetapi dengan Susu Lemak Rendah Marigold HL, mereka boleh menikmatinya kerana kandungan laktosanya adalah 75 peratus kurang daripada susu biasa di samping melancarkan sistem pencernaan.

Bagi mereka yang bimbang masalah kadar kolesterol tinggi, Susu Lemak Rendah Marigold HL dengan sterol tumbuhan membantu mengurangkan paras kolesterol. Ia berfungsi dengan menyekat penyerapan kolesterol oleh badan anda. Minum dua gelas Susu Lemak Rendah Marigold HL setiap hari memberikan anda 1.6 gram ester sterol tumbuhan bagi membantu mengekalkan tahap kolesterol dalam ling­kungan yang sihat.

Dengan segala kebaikan yang ‘lebih’ ini, Susu Lemak Rendah Marigold HL boleh dipanggil ‘susu hebat’. Susu berkhasiat ini lazat bagi membantu anda mendapat pemakanan yang seimbang dan sempurna untuk kesihatan. Jika ia bagus untuk anda, maka ia juga bagus untuk anak dan keluarga anda.

Susu Lemak Rendah Marigold HL boleh didapati dalam perisa asli, coklat dan strawberi serta sterol tumbuhan yang membantu mengurangkan paras kolesterol dalam tubuh. Inilah sebabnya mengapa susu ini lebih unggul berbanding yang lain.

Antara beberapa faedah utama Susu Lemak Rendah Marigold HL:

- Tulang dan gigi yang lebih kuat

Kalsium dalam susu mudah diserap dan digunakan oleh badan. Susu adalah sumber kalsium yang ekonomi dan dipercayai. Pemakanan yang kaya dengan protein dan vitamin D juga menyumbang kepada kesihatan tulang.

Susu Lemak Rendah Marigold HL mengandungi 25 peratus lebih kalsium dan 56 peratus lebih protein berbanding susu biasa yang lain serta diperkaya dengan Vitamin D bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis. Ia juga memastikan gigi, kuku dan rambut anda menjadi kuat dan sihat.

- Sihat jisim otot

Susu mengandungi protein yang membantu membina otot baru, meningkatkan pemulihan otot dan mengelakkan kecederaan otot terutamanya selepas bersenam.

Susu Lemak Rendah Marigold HL juga menjadi minuman selepas senaman yang baik untuk pemulihan otot dan penghidratan semula. Ia mengandungi lebih 56 peratus protein berbanding susu biasa, penting bagi membantu membina dan membaiki tisu badan.

- Mengekalkan berat badan yang sihat

Diet yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak sangat baik dalam membantu mengekalkan berat badan yang unggul. Anda boleh menikmati susu dengan Susu Lemak Rendah Marigold HL kerana ia mengandungi 74 peratus kurang lemak berbanding susu biasa untuk kekal langsing dan menawan.

- Lebih selesa untuk perut anda

Susu dengan laktosa yang lebih rendah sesuai untuk golongan yang mengalami intoleransi laktosa. Mereka mungkin mengalami ketidakselesaan pencernaan seperti perut kembung, berangin dan cirit-birit. Dengan Susu Lemak Rendah Marigold HL yang mengandungi 75 peratus kurang laktosa, kini semua orang boleh menikmatinya dengan selesa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2015 @ 11:43 AM