TUMBUKAN padu Usyk hampir membuatkan Fury tewas dengan KO. -FOTO PA
TUMBUKAN padu Usyk hampir membuatkan Fury tewas dengan KO. -FOTO PA
Agensi

Riyadh: Satu rakaman baru muncul menyaksikan Oleksandr Usyk menumbuk Tyson Fury dengan tumbukan padu semasa pertarungan mereka.

Pertinju Ukraine itu menang menerusi keputusan pengadil di Arab Saudi pada malam Sabtu yang menyaksikan Raja Gipsi itu mengalami kekalahan buat kali pertama dalam kariernya.

Usyk kini menjadi juara dunia heavyweight pertama sejak Lennox Lewis 25 tahun lalu.

Kunci kemenangannya ialah aksi kejamnya dengan tumbukan padu pada pusingan sembilan.

Usyk melancarkan serangan hebat dengan beberapa pukulan kuat yang membuatkan Fury gagal untuk membalas.

Pukulan itu menyebabkan pertinju Britain terdorong ke sekeliling gelanggang dengan hanya tali yang menahannya dari terjatuh sebelum loceng menyelamatkannya.

Kini video yang diambil dari luar gelanggang mula tular menunjukkan betapa Fury hampir tersingkir dengan KO.

Peminat bertindak balas terhadap rakaman itu, dengan seorang berkata: "Fury tidak mahu meneruskan, pengadil boleh menariknya untuk tampil ke hadapan selepas kiraan lapan."

Seorang lagi menambah: "Usyk adalah peninju yang terhebat. Kalaulah orang lain, dia akan 'menyelesaikan'."

Yang ketiga memberi reaksi: "Usyk baru sahaja membuktikan bahawa dia adalah peninju terbaik dalam era ini. Fury bukan lagi pejuang yang sama."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 12:18 PM