RASHIDI Ishak.
RASHIDI Ishak.
Syanty Octavia Amry


PELAKON, Rashidi Ishak, 46, yang baru-baru ini mengumumkan dia sudah bercerai dengan isteri yang juga pelakon, Vanidah Imran pada Ogos tahun lalu kurang selesa apabila segelintir netizen melabel dia sebagai ‘duda hot’.

Dia digelar sedemikian selepas penampilannya dilihat lebih kemas selain semakin kurus selepas bercerai.

“Saya sebenarnya kurang selesa apabila diberi gelaran seperti itu. Jika hendak tahu, badan saya kurus kerana saya mula menjalani kehidupan sihat dan lebih aktif sejak dua tahun lalu.

“Setiap hari saya akan berlari lima kilometer selain mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Lagipun saya sudah berusia dan inilah masanya untuk saya lebih menjaga tubuh badan supaya kekal sihat dan bertenaga,” katanya.

Selain itu, selepas mengumumkan sudah bercerai, Rashidi mendedahkan dia menerima lebih 300 mesej setiap hari di Instagram.

Rashidi berkata, sejak peminat mengetahui dirinya kembali solo, ramai yang menghantar mesej dan memberikan kata-kata semangat kepadanya terutama daripada peminat wanita.

“Jika ada kelapangan saya akan balas mesej mereka. Saya cuba sedaya upaya membalas semua mesej itu dan saya sangat menghargai sokongan mereka,” katanya.

Rashidi berkahwin dengan Vanidah pada 1 Oktober 2000. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak iaitu Mikhail Imran, 18, dan Maryam Rashika, 15.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2019 @ 5:15 PM