Rashidi Ishak dan Wan Hasliza
Rashidi Ishak dan Wan Hasliza

Kuala Lumpur: Pelakon Rashidi Ishak, 50, kembali bergelar suami dan berkahwin dengan pengarah drama Kampung People iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin, hari ini.

Meninjau akaun Instagram anaknya Maryam Rashika, Rashidi mengenakan baju Melayu putih ringkas namun kelihatan segak.

"Ayah memakai kasut Nike pada majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Dr Martens di majlis kahwin bapanya," katanya.

Seorang pengguna media sosial dikenali Saiful Zahairie Zainuddin turut berkongsi foto di Facebook mengenai berita gembira pasangan terbabit.

Menerusi foto berkenaan, Rashidi dan Wan Hasliza mengenakan baju sedondon berwarna putih duduk atas pelamin.

"Semoga bahagia ke akhir hayat," tulisnya.

Terdahulu, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Vanida Imran pada 1 Oktober 2000 namun bercerai pada 9 Ogos 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam Rashika.

Selain drama Kampung People, Wan Hasliza pernah mengarah Keluarga Iskandar, Love, Supermoon, dan lain-lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 5:22 PM