Ariff Bahran jelaskan kedudukan sebenar kepada Haqiem (kanan). FOTO dfail HM Digital
Ariff Bahran jelaskan kedudukan sebenar kepada Haqiem (kanan). FOTO dfail HM Digital
Rudy Imran Shamsudin


PENYANYI meningkat naik, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari menafikan dia berselisih faham dengan Haqiem Rusli gara-gara kenyataan dibuat oleh produksi Big Stage.

Bahran bagaimanapun tidak menafikan Haqiem ada bertemu dengannya untuk meminta penjelasan berhubung kenyataan itu.

Kata Bahran, selepas menjelaskan kenyataan dibacakan juri tetap dan penyanyi popular Faizal Tahir, Haqiem faham kedudukan sebenar.

“Haqiem tidak marah. Dia tanya saya pun sebab ingin tahu mengapa saya tulis kenyataan seperti itu. Jelas saya, perkara itu hanya gurauan dan bukan serius,” katanya.

Sewaktu mengisi borang penyertaan, Bahran mengatakan sekiranya ada program realiti disertai Haqiem, dia tidak akan menyertainya dan ia mendapat perhatian Faizal Tahir.

“Waktu itu saya benar-benar terkejut. Tidak sangka kenyataan saya tulis ketika menghadiri uji bakat Big Stage digunakan.

“Sedangkan waktu itu Haqiem datang menyaksikan persembahan dan memberi sokongan kepada saya. Apabila Faizal menimbulkan perkara itu, pastinya dia terkejut,” katanya.

Kata Bahran lagi, dia dan Haqiem bersikap profesional apabila membabitkan soal kerja dan hal peribadi akan ditolak ke tepi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Ogos 2018 @ 6:28 PM