ARIFF Bahran dan Sarah Suhairi. FOTO Instagram  Ariff Bahran
ARIFF Bahran dan Sarah Suhairi. FOTO Instagram Ariff Bahran
Najiy Jefri


“HUBUNGAN kami mula serius sejak November lalu. Doakan semuanya berjalan dengan baik," kata penyanyi Ariff Bahran mengenai hubungan 'intimnya' dengan penyanyi Sarah Suhairi.

Bahran ketika dihubungi berkata, dia sudah lama mengenali Sarah memandangkan masing-masing berada di bawah label sama.

"Sebenarnya kami sudah lama kenal. Saya mengenali Sarah sebelum menyertai Big Stage lagi berikutan kami di bawa label sama.

"Bagaimanapun ketika menyertai program realiti itu, hubungan kami jadi lebih rapat. Kami mula terbuka dan menerima perangai masing-masing.

"Saya harap hubungan akrab yang baru dibina ini berjalan dengan baik kerana masing-masing sudah tahu kedudukan dan jelas mengenai status hubungan yang dibina ini," katanya.

Menurut Bahran, dia enggan terburu-buru untuk menganggap hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.

"Saya tidak mahu letak harapan terlalu tinggi kerana bimbang ia akan menyakitkan seandainya hubungan ini tidak berterusan.

"Bagi saya, biarlah masa yang menentukan segalanya. Lagipun saya tidak mahu terlalu beria, namun mengharapkan pengakhiran yang baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 6:11 PM