Janna suka lelaki rajin. FOTO NIK HARIFF HASSAN
Janna suka lelaki rajin. FOTO NIK HARIFF HASSAN
Najiy Jefri


PELAKON popular, Janna Nick mengaku tidak berminat untuk mendekati lelaki kaya kerana tidak mahu dianggap golongan wanita mudah dibeli dengan wang ringgit.

Janna berkata, dia seboleh-bolehnya cuba menjauhkan diri daripada golongan itu dan lebih selesa mencari lelaki yang sederhana kerana percaya wang ringgit bukan jaminan keharmonian rumah tangga.

"Saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin lelaki kaya. Namun sebolehnya saya cuba mengelak apabila didekati golongan ini kerana tidak mahu mereka menganggap wanita boleh diperdaya dengan wang ringgit.

"Lagipun, saya memang tidak bergaul dengan golongan seperti itu, malah mereka dapat berasakan saya sangat sukar dijerat dengan kemewahan,” katanya.

Menurut Janna, sekiranya pintu hatinya sudah terbuka untuk berkahwin, dia lebih selesa memilih lelaki yang rajin atau gaya hidupnya lebih kurang sama dengannya.

“Kalau tak dapat lelaki kaya, dapat yang rajin saya sudah okey. Sekurang-kurangnnya dia boleh membantu bisnes saya. Kalau malas, saya tendang saja," katanya ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit, Sephia di Mont Kiara, semalam.

Produk berasaskan minyak argan itu berada dalam pasaran sejak dua tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mei 2018 @ 3:39 PM