JANNA anggap Dini satu dalam sejuta dan sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. FOTO Instagram Janna Nick
JANNA anggap Dini satu dalam sejuta dan sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. FOTO Instagram Janna Nick
Najiy Jefri


PELAKON popular, Janna Nick mengakui sedang bercinta dengan pelakon baru berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann.

Janna ketika dihubungi berkata, hubungannya dengan aktor terbabit mula serius sejak Jun lalu.

“Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius.

“Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.

“Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini,” katanya.

Menurut Janna, antara sebab dia jatuh hati dengan Dini kerana keperibadiannya yang baik hati serta selalu memberi kebahagiaan kepadanya.

“Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain.

“Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 4:22 PM