Nor Akmar Samudin


Aktres Rani Mukerji ada alasan tersendiri apabila dia dan suaminya, penerbit filem, Aditya Chopra enggan mendedahkan anak mereka kepada umum.

Adira baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama, namun tiada majlis hari jadi besar-besaran diadakan untuknya sebagaimana dilakukan pasangan artis lain di Bollywood.

Menurut Rani, suaminya sangat mementingkan privasi dan tidak mahu terlalu mendedahkan keluarganya kepada orang luar.

“Malah dalam semua perkara Aditya lebih suka melakukannya sendiri tanpa campur tangan daripada saya,” katanya.

Katanya, mereka berdua mahu Adira membesar secara normal dan apabila dia besar nanti boleh berjalan dengan rakan tanpa ada yang mengenalinya.

“Mungkin perkara itu agak sukar kerana media dan paparazi memang menunggu untuk mengambil gambar keluarga dan anak selebriti, tetapi sebagai ibu bapa, kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk Adira.

“Aditya memang tidak suka Adira diberi layanan dan tumpuan berlebihan termasuk apabila dia bersekolah nanti,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2017 @ 12:20 AM