Andi hormati penyanyi terbabit sebagai artis senior. FOTO ROHANIS SHUKRI
Andi hormati penyanyi terbabit sebagai artis senior. FOTO ROHANIS SHUKRI
Sudirman Mohd Tahir


“SOALAN bila nak ‘perform’ atas katil membuatkan saya berfikir penyanyi ini sudah melampau,” kata penyanyi, Andi Bernadee, 26, berhubung tindakan seorang artis popular yang cuba mendekatinya sejak kebelakangan ini.

Andi berkata, dia berasa pelik apabila penyanyi itu sering menjadi orang pertama memberi komen pada Instagram Stories (IG Stories) yang dimuat naik.

“Saya tak ada sebarang isu besar atau masalah dengan penyanyi ini, cuma cara ditunjukkan membuatkan saya kurang selesa. Kalau setakat komen biasa, saya okey lagi.

“Namun apabila menyentuh perkara dan menggunakan ayat berbaur lucah, saya berasakan dia sudah keterlaluan. Saya hormat dia sebagai penyanyi senior, jadi saya tak nak perkara sebegini membuatkan orang beranggapan negatif,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Andi, bukan sekali dua dia menerima mesej sebegitu, tetapi sudah banyak kali.

Malah, Andi mendedahkan dia turut menerima kiriman mesej serupa daripada peminat.

“Dahulu saya mendengar ramai artis melalui pengalaman sebegini. Apabila terkena atas diri sendiri, memang terkejut. Saya sampai tak tahu nak buat apa. Sama ada balas atau berdiam diri.

“Kalau saya layan, nanti bertambah panjang. Jadi, jalan terbaik adalah saya buat tak tahu saja. Saya selalu berfikiran positif. Mungkin ia sekadar gurauan apatah lagi mesej berkenaan datang daripada peminat.

“Sebagai artis baru, saya hargai setiap sokongan diberikan. Cuma, saya tak menjangka perkara sebegini berlaku kepada saya juga,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2017 @ 11:40 AM