Ramlah Zainal


PELAKON Datuk Hans Isaac sudah menerima permohonan maaf daripada pelakon dan pelawak popular Zizan Razak berikutan keterlanjuran kata-katanya ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29), malam kelmarin.

Hans, 46, berkata, Zizan sudah menghubunginya dan dia sudah berbincang dengan pelawak itu dan mahu melupakan perkara itu.

"Dia sudah meminta maaf. Kami juga sudah berbincang dan saya pun maafkan dia,€ katanya dalam kenyataan menerusi video yang dimuat naik di Instagram, hari ini.

Dalam pada itu, Hans turut meminta peminatnya dan Zizan dapat menghormati di antara satu sama lain dan tidak menggunakan kata-kata yang kasar di Instagram miliknya.

€œKepada peminat saya dan Zizan, saya rasa kita patut menghormati di antara satu sama lain. Inilah adat kita sebagai rakyat Malaysia. Ini kerana ada kata-kata yang agak kasar dalam Instagram saya,€ katanya.

Hans berkata, perkara itu sudah selesai dan dia berharap peminatnya dan Zizan tidak lagi menggunakan ayat dan kata-kata yang agak kasar.

€œKami (Hans dan Zizan) dah selesai dan saya harap anda (peminat) pun selesaikan perkara ini,€ katanya.

Terdahulu, Hans berasa kesal dengan gurauan Zizan yang dianggap keterlaluan hingga menjejaskan imej dan namanya.

Dalam majlis itu, Zizan mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan dibeli.

Hans menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun lalu.

Selain Hans, pelakon Datuk Eizlan Yusof turut terkena gurauan serupa.

Harian Metro hari ini melaporkan Zizan Razak memohon maaf kepada Hans dan Eizlan Yusof serta institusi istana di atas keterlanjuran kata-katanya itu.

Zizan berkata, dia sekadar bergurau dan tidak berniat mengguris hati mana-mana pihak khususnya Hans dan Eizlan.

Berita berkaitan:

'Saya minta maaf'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2017 @ 3:41 PM