Jentera bomba diletak rapat dengan rumah kedai bagi memudahkan kerja membawa turun jenazah melalui tingkap. -  Foto Ihsan Bomba
Jentera bomba diletak rapat dengan rumah kedai bagi memudahkan kerja membawa turun jenazah melalui tingkap. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba membuat persiapan untuk menurunkan jenzah. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba membuat persiapan untuk menurunkan jenzah. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba membawa keluar jenazah mangsa melalui tingkap menggunakan pengusung yang diikat dengan tali ke atas jentera. -  Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba membawa keluar jenazah mangsa melalui tingkap menggunakan pengusung yang diikat dengan tali ke atas jentera. - Foto Ihsan Bomba
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Jenazah seorang wanita berusia 37 tahun berat badannya 200 kilogram (kg) terpaksa dibawa turun dari tingkat satu rumah kedai di Jalan Bayam di sini, dengan bantuan bomba menggunakan tali, hari ini.

Zaima Abdullah yang mempunyai kencing manis dan sakit jantung, dipercayai meninggal dunia malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Ismadi Mohamad Said berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan membekal barangan basah bersama keluarganya mahu tidur di premis itu dan tidak mahu pulang ke rumahnya di Kampung Tikat, Jalan PCB.

Katanya, ahli keluarga memujuk mangsa supaya pulang ke rumah namun dia enggan dan pagi tadi, ahli keluarganya cuba menghubungi mangsa namun panggilan telefon tidak dijawab.

"Keluarganya kemudian ke premis berkenaan dan melihat mangsa sudah meninggal dunia dalam bilik tidur dan cuba membawa keluar wanita melalui tangga namun tidak berjaya.

"Bomba mengambil masa satu jam setengah untuk membawa keluar mangsa menggunakan pengusung yang diikat dengan tali dan dibawa turun ke atas jentera," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 7:34 PM