Kuala Lumpur: Yes, jenama perkhidmatan mudah alih 4G di bawah YTL Communications menawarkan pakej pelan terbaru paling murah antara kesemua syarikat telekomunikasi di Malaysia menerusi Samsung Galaxy S6 Super Postpaid Plan Buddle.

Bagi setiap pembelian pelan pascabayar Yes Super 128 atau 158, para pelanggan akan menerima peranti 4G hotspot mudah alih secara percuma dengan Samsung S6 pada harga serendah RM799.

Bagi pakej bernilai RM128 pula, pelanggan boleh melayari Internet dengan data bulanan sehingga 10GB serta 2,000 minit panggilan dan 2,000 SMS secara percuma.

Selain itu, Yes turut menawarkan telefon pintar Samsung Galaxy S6 Edge dengan hanya berharga RM999 di mana harga berkenaan adalah termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2015 @ 5:09 AM