EDISI terhad pelan pascabayar New Super 88 dengan Huddle XS.
EDISI terhad pelan pascabayar New Super 88 dengan Huddle XS.

Kuala Lumpur: YES, jenama mudah alih 4G di bawah YTL Communications, menawarkan pelan pascabayar baharunya, New Super 88 dengan Huddle XS sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Syarikat itu dalam kenyataan dikeluarkan berkata, bermula minggu lalu sehingga 29 Februari depan, pelanggan yang mendaftar bagi pelan baharu ini boleh menikmati dua kali ganda data biasa pada 11Gb dengan bayaran bulanan hanya RM88 (RM93.28 dengan GST).

Pelan Super 88 itu tampil dengan kontrak selama 12 bulan yang mampu memberi pelanggan kelajuan jalur lebar mudah alih pada kelajuan tinggi sepanjang tahun.

“Pelanggan juga akan memperoleh Huddle XS percuma bernilai (RM509 dengan GST), 4G peranti hotspot mudah alih dengan keupayaan untuk menyambung sehingga 5 WiFi secara serentak.

Untuk menikmati semua kelebihan pelan Super 88, pelanggan hanya perlu membayar yuran pengaktifan RM100 (RM106 dengan GST) serta yuran komitmen satu bulan pendahuluan RM88 (RM93.28 dengan GST) yang akan direbat kembali dalam tempoh sebulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 6:44 AM